Poligami punca Ashraf Muslim letak jawatan dari pusat rawatan Islam Al Hidayah

Laman web rasmi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah baru-baru ini memberitahu media bahawa Ketua Operasinya Ashraf Muslim telah meletakkan jawatan.

Menerusi pengumuman yang sama, Ashraf juga meletakkan jawatan Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah berkuatkuasa  2 Jun lalu.

“Untuk makluman semua, mulai 2 Jun 2013, Mohd Ashraf Muslim tidak lagi menjadi Perawat dan Ketua Operasi (COO) di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah. Beliau juga telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

“Kami mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan dan usaha beliau. Ucapan selamat maju jaya kepada beliau di dalam kerjaya di masa hadapan.” Begitulah kenyataan laman web berkenaan.

Pusat rawatan Islam itu terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dan ia dimiliki oleh bapa mertua Ashraf sendiri, Lokman Abdul Hamid, 52. Ashraf telah berkahwin dengan anak Lokman iaitu Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi.

Menurut sumber-sumber, perletakan jawatan ini berpunca dari isu poligami yang timbul sebelum ini.

Desas desus mengenai keretakan rumah tangga Ashraf dan Noor Dayana telah mula bertebaran berikutan tindakan Ashraf membuka fail permohonan di mahkamah Syariah untuk berkahwin kali kedua dengan keizinan isterinya.

Punca tindakan Ashraf ini dikatakan kerana mereka masih tidak lagi dikurniakan zuriat walaupun sudah tiga tahun berkahwin.

Ashraf enggan mengulas mengenai desas desus ini tetapi mengakui memang rumah tangganya mempunyai isu. Kata Ashraf: “Saya ada ke sana (mahkamah syariah) tapi saya tidak boleh komen lanjut atas sebab apa. Saya tidak perlu cakap (rumah tangga bergolak atau tidak). Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang.

Ashraf Muslim turut memaklumkan yang mereka sudah pun mencuba kaedah moden dan tradisional untuk mendapatkan zuriat.

Namun masih tidak membuahkan sebarang hasil. Apa pun, kalau berkahwin dua dengan keizinan isteri, tak ada apa-apa yang salah kan? Semoga keputusan yang dibuat kelak adalah yang terbaik untuk kehidupan mereka suami isteri.

Soal siapakah calon isteri kedua Ashraf, nampaknya ada sedikit kekeliruan. Di dalam akhbar dan laman web ada memberitahu wanita yang dikatakan bakal menjadi isteri kedua Ashraf ialah bekas teman wanitanya.

Apabila keluar cerita itu, yang terkena tempiasnya ialah bekas kekasihnya Sherry Ibrahim. Kesian Sherry, sebelum ini pun Sherry ada juga memberitahu risau akan dikaitkan dengan Ashraf sekiranya berita ini kecoh.

Namun wanita yang dikaitkan dengan Ashraf sebenarnya bukanlah Sherry, sebaliknya Sakinah, yang merupakan seorang pekerja syarikat penyiaran terkemuka negara! Jadi, berhentilah kaitkan Sherry dengan cerita Ashraf ya, kesian dia.