Pelakon Noreen Noor meninggal dunia


KUALA LUMPUR:
Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia  kira-kira jam 5.50 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, akibat komplikasi buah pinggang.  

Jenazah Noreen atau nama sebenarnya Noraini Mohamad Noor dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pulai, Serkam Pantai, Melaka kira-kira jam 9 pagi tadi dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor, hari ini. 

Allahyarham meninggalkan dua anak.

Anak kelahiran Singapura, anak kelima daripada enam beradik iaitu anak manja kepada pesara polis dari Singapura, Allahyarham Mohamad Noor Ahad. 

Lagu popular Allahyarham ialah Siang Terbayang Malam Merindu yang amat meniti bibir peminat sekitar zaman 80-an, sehingga kini. 

Selain menyanyi, juga popular di layar perak dan filem pertama lakonannya, Talak pada 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintangi ialah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Beliau pernah berkahwin dengan Tengku Kamaruzzaman Ibni Sultan Abu Bakar, Baharuddin Ngah dan Datuk Mokhtar Ahmad. 

Turut mengiringi jenazah ialah anak lelakinya yang berusia 22 tahun dan bekas suaminya, Baharuddin.
 

Sementara itu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai, Serkam, kira-kira jam 1.40 petang tadi. 

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Ar-Rahman Kampung Pulai selepas solat Zohor. 

Antara rakan artis yang hadir ialah penyanyi seangkatan Allahyarham, Norshila Amin dan Eddie Hamid.  MediaOnline

 

Pengumuman Terkini

TNB
SYABAS
DBKL
PDRM