IOI City Mall sedia dibuka tahun depan

PUTRAJAYA: IOI Group bersedia untuk membuka IOI City Mall di sini menjelang akhir tahun depan dengan semua fasiliti siap 25 peratus sekarang mengikut jadual.

Pengarah IOI Property, Teh Chin Guan berkata, lebih 50 peratus ruang boleh sewa bersihnya seluas 130,064 meter persegi telah ditempah untuk sewaan dan dijangka dipenuhi menjelang akhir 2014.

"Hari ini, kami memeterai perjanjian dengan Parkson Corp Sdn Bhd dan Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) sebagai penyewa utama pusat membeli-belah itu.

"Kami menjangka mendapat dua lagi penyewa utama tidak lama lagi," katanya kepada media selepas majlis pemeteraian antara kumpulan itu, Parkson dan GSC di sini hari ini.

IOI City Mall dengan pelaburan RM2 bilion berserta dua menara pejabat dan sebuah hotel masing-masing dijadualkan dibuka pada 2015 dan 2016.

Pembangunan pelbagai guna itu turut dilengkapi lebih 7,000 petak letak kereta, tempat menurunkan dan mengambil penumpang serta perkhidmatan letak kereta berpemandu untuk kemudahan pelanggan.

           

 

Pengumuman Terkini

TNB
SYABAS
DBKL
PDRM